Business Opportunity Preview Seminar

5 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Nov 2023, telah berlangsung Advokasi KDB @ Business Opportunity Preview Seminar bersama Kolej Komuniti Tambun Tulang. Program ini berlangsung bermula pada pukul 2.00 petang - 5 petang. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staff PEDi dan juga komuniti selain dapat berkongsi jenis - jenis perniagaan yang dapat meningkatkan pendapatan usahawan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali